LENCANA & BENDERA SEKOLAH

LENCANA

       Lencana sekolah melambangkan identitinya tersendiri. Bentuknya bermotifkan sebuah perisai yang mana di dalamnya tercatat nama sekolah dan peta Pulau Labuan bernombor 2 menggambarkan lokasi sekolah.

Peta Pulau labuan diapit dengan lambang padi menggambarkan keharmonian nilai yang perlu diamalkan seperti resmi padi “makin tunduk makin berisi”.

Bentuk bulan sabit melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Di dalamnya tertera cogan kata sekolah “USAHA HINGGA JAYA” dan di atas lambang padi tersergam nama sekolah “SRK PEKAN DUA LABUAN”. Nama SK Pekan Dua diperolehi daripada angka 2 dalam peta Pulau Labuan dan SRK ditukar kepada SK.

WARNA

Warna yang terdapat dalam lencana sekolah SK Pekan Dua ialah warna merah, putih, hijau dan kuning. Warna-warna ini mempunyai maksud yang tersirat di samping keindahan gabungan warna tersebut. Di bawah ini dinyatakan tafsiran warna-warna yang terdapat dalam lencana sekolah ini.

MERAH

Menandakan keberanian, keazaman, kecekalan dan ketrampilan murid-murid serta guru-guru untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah di mata masyarakat.

PUTIH

Melambangkan ketulusan dan kesucian hati para pendidik dalam menabur bakti mendidik anak bangsa menjadi rakyat yang berguna di masa akan datang.

HIJAU

Melambangkan keagamaan dan kesempurnaan masyarakat sekolah dalam mengamalkan agama masing-masing tanpa ada halangan dari mana-mana pihak.

KUNING

Melambangkan disiplin dan sopan santun di mana murid-murid dilatih dan diajar dengan didikan agama dan moral supaya mereka dapat mendisiplinkan diri serta bersopan santun terhadap sesiapa sahaja sama ada ketika di sekolah mahupun di luar waktu sekolah.

 

 

BENDERA SEKOLAH

 

PENGERTIAN

Bendera sekolah S.K. Pekan II mempunyai tiga (3) jalur melintang yang sama lebar yang berukuran 75cm x 135cm. Bendera ini mempunyai kombinasi warna merah (jalur atas), kuning (jalur tengah) dan hijau (jalur bawah) yang melambangkan warna lencana sekolah. Di tengah bendera tersebut terletak lencana sekolah yang menjadi simbol dan lambang Sekolah Kebangsaan Pekan II.

MERAH

Warna merah melambangkan warga S.K. Pekan II sedia menerima cabaran dalam bidang pendidikan yang semakin mencabar.

PUTIH

Warna putih melambangkan di sekeliling lencana sekolah melambangkan murid-murid yang diumpamakan seperi kain putih yang perlu dicorakkan yang bakal menjadi manusia yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara.

HIJAU

Warna hijau melambangkan nilai-nilai murni dalam agama menjadi pegangan hidup bagi warga S.K. Pekan II.

KUNING

Warna kuning melambangkan keceriaan, disiplin, kesopanan, kesusilaan serta keharmonian dalam satu keluarga bagi warga S.K. Pekan II dalam membuat keputusan atau kerja yang diamanahkan.