Misi & Visi Sekolah

 Visi

SK Pekan II W.P.Labuan melaksanakan

pendidikan berkualiti insan terdidik
negara sejahtera.
Misi

SK Pekan II W.P Labuan
melestarikan sistem pendidikan yang
berkualiti untuk membangunkan potensi individu
bagi memenuhi aspirasi negara.
Piagam Pelanggan
Bahawa kami warga Sekolah Kebangsaan Pekan Dua, Wilayah Persekutuan Labuan berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut:-
MURID :
1. Memastikan semua  murid menerima P&P mengikut masa yang diperuntukkan.
2. Memastikan semua murid mendapat layanan yang adil.
3. Memastikan semua murid yang layak mendapat pinjaman buku teks untuk tahun berikutnya menerima buku teks pada hujung tahun semasa, sebelum sesi persekolahan berakhir.
4. Memastikan semua murid tahap dua mendapat peluang menyertai kegiatan kokurikulum sekurang-kurangnya satu persatuan, satu kelab beruniform dan satu aktiviti sukan/permainan.
5. Peluang diberi kepada murid tahap satu untuk menyertai satu aktiviti kokurikulum mengikut minat dengan kebenaran ibu bapa / penjaga.
STAF :
1. Setiap staf sekolah menerima latihan dalaman dalam bidang masing-masing sekurang-kurangnya dua kali setahun.
2. Sebarang masalah/kesulitan yang dihadapi oleh setiap staf akan diambil tindakan segera, tidak lebih dari 3 hari.
WARIS :
1. Setiap waris yang berurusan dengan sekolah akan dilayan secara adil dan mesra.
2. Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberi tidak lebih dari 3 hari bekerja.
3. Setiap cadangan/usul yang baik dan munasabah aakn dipertimbangkan oleh pihak sekolah.
KEMENTERIAN PELAJARAN / JABATAN PELAJARAN :
1. Memastikan setiap arahan dan permohonan pihak Kementerian / Jabatan diambil tindakan segera selewat-lewatnya 3 hari selepas surat / arahan diterima.